fb fb fb fb fb

Duda, pelajar antara terlibat jenayah seksual siber

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Ogos- Golongan pelajar dan duda menjadi kelompok utama yang terlibat dalam jenayah seksual siber termasuk pornografi dan penjualan bahan lucah.

Penganalisis Keselamatan Siber, Yayasan Digital Malaysia, Mohammad Ezaly Iman Ramli berkata, golongan berkenaan terlibat dalam aktiviti seumpama itu sebagai cara mendapatkan keperluan kewangan.

"Berdasarkan data terkini, wujudnya 'dark side' (sisi gelap) ini adalah kerana 'supply' (bekalan) and 'demand' (permintaan).

"Kita lihat mereka memberi wang kepada pembuat-pembuat 'dark side' ini jadi apabila wang itu menjadi satu taruhan, kita dapat lihat ramai pelajar-pelajar ataupun janda ataupun duda yang memerlukan wang, mereka akan melakukan 'dark side'," katanya kepada pemberita ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna media sosial agar perlu mencegah daripada melakukan aktiviti terbabit bagi mengelak sebarang kesan yang mendatang.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM