fb fb fb fb fb

Dua suspek utama kes tikam direman seminggu

 JOHOR BAHRU, 26 Disember - Dua suspek utama disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang wanita warga asing di Taman Unku Tun Aminah dekat Skudai direman seminggu hingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, perintah reman terhadap kedua-dua warga asing yang juga seorang lelaki dan wanita dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Siasatan awal mendapati lelaki berusia 24 tahun yang juga adik mangsa dan wanita berusia 41 tahun itu, tinggal serumah dengan mangsa yang berusia 41 tahun.

"Polis turut merampas pisau disyaki digunakan bagi membunuh wanita berkenaan di kediaman itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam RTM melaporkan, pihak polis berjaya menahan dua warga asing yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang wanita warga asing ditemui maut akibat ditikam di rumahnya.

Kurang daripada 24 jam polis menahan suspek wanita di kediamannya, manakala suspek lelaki pula ditahan di tempat pembuangan sampah kawasan perumahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN