fb fb fb fb fb

Dua lelaki ditahan bersama syabu dan heroin bernilai RM4.18 juta

FOTO RTM

KUALA LUMPUr, 28 Oktober- Polis berjaya memberkas dua lelaki bersama 145 kilogram dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di ibu negara.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin, kedua-dua suspek berusia 25 dan 21 tahun itu dipercayai terlibat dalam sindiket dadah sejak pertengahan tahun ini.

Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari sehingga 30 Oktober bagi membantu siasatan.

Bungkusan dadah jenis syabu dan heroin yang dianggar bernilai RM4.18 juta boleh digunakan seramai 728,000 orang penagih dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE