fb fb fb fb fb

Polis tahan dua lelaki, rampas 145kg dadah di Seri Petaling

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Dua lelaki ditahan bersama 145 kilogram dadah dalam satu serbuan di kondominium Bandar Baru Seri Petaling, 23 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata dua suspek berusia 25 dan 21 tahun ditahan sekitar 3:30 petang dengan dadah disyaki jenis syabu seberat 124kg dan heroin seberat 21kg, bernilai RM4.18 juta.

"Dadah ini cukup untuk digunakan oleh lebih 728,000 orang penagih," katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam sindiket itu sejak pertengahan 2024.

Sindiket teleh menggunakan kondominium kos rendah sebagai tempat penyimpanan sebelum diedarkan di Lembah Klang.

Kedua-dua suspek direman sehingga 30 Oktober dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN