fb fb fb fb fb

Dakwaan polis rogol remaja, siasatan dilakukan secara telus - Timbalan Ketua Polis Perak

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris/ BERNAMA

IPOH, 25 Januari- Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil terhadap dakwaan seorang pelajar perempuan tingkatan empat mendakwa dirinya dirogol anggota polis berpangkat Sarjan, tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihaknya masih perlu melakukan beberapa pengesahan berhubung laporan itu.

"Kita akan menjalankan siasatan telus tanpa mengira subjek berkenaan adalah warga polis sendiri atau sesiapa pun. Kita masih dalam siasatan bila sebut siasatan itu ada beberapa perkara yang perlu kita dapat pengesahan jadi perkara ini akan kita selesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Azizi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt.Hafezul Helmi Hamzah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 20 Januari lalu.

Difahamkan suspek melakukan perbuatan terkutuk terhadap pelajar berusia 16 tahun itu sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Oktober 2023.

Kegiatan tersebut terbongkar apabila mangsa memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI