fb fb fb fb fb

Culas kemuka cukai perkhidmatan, dua pemilik restoran berdepan 19 tuduhan

Dua pemilik restoran warganegara Jordan menghadapi 19 pertuduhan kerana lewat mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) / Foto RTM

KUANTAN, 2 September - Dua pemilik restoran warganegara Jordan menghadapi 19 pertuduhan kerana lewat mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), melibatkan cukai perkhidmatan berjumlah lebih RM209,000, termasuk penalti.

Tertuduh, Rami Ahmad Mohammad Alsabi, 47 tahun dan Mohammad Ahmad Mohammad Alsa'bi, 55 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa kerana lewat mengemukakan penyata perkhidmatan dan gagal membayar cukai perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kesalahan tersebut dilakukan antara September 2019 hingga Ogos 2023.

Hakim menetapkan 11 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN