fb fb fb fb fb

Cabul wanita warga Sepanyol, lelaki 21 tahun dihadapkan ke mahkamah

FOTO HIASAN

IPOH, 29 Januari- Seorang lelaki akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh esok atas pertuduhan mencabul seorang wanita warga Sepanyol minggu lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 kanun keseksaan dan Seksyen 292(a) kanun yang sama.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menerusi kenyataan berkata, laporan polis berhubung insiden tersebut diterima pada 24 Januari lalu.

Mangsa seorang wanita warganegara Sepanyol mendakwa telah dicabul seorang lelaki tidak dikenali di Lorong Panglima, Ipoh.

Siasatan kemudian dijalankan bawah Seksyen 354 kanun keseksaan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes tersebut.

Suspek kemudian direman lima hari bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum ianya dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi proses pertuduhan di mahkamah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE