fb fb fb fb fb

ATM gagalkan cubaan seludup 455 kg ketum bernilai lebih RM36,000

Bungkusan ketum ditemukan di dalam kenderaan pacuan empat roda di hutan sempadan Malaysia-Thailand

KUALA NERANG, 7 Julai- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengagalkan cubaan menyeludup daun ketum 455 kilogram (kg) di anggarkan bernilai RM 36,400 ke Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan berkata bungkusan ketum itu ditemukan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di hutan sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut kenyataan itu, pihaknya mengesan kenderaan pacuan empat roda di kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) pada pukul 11.30 pagi Jumaat lalu, ketika pasukan operasi sedang melaksanakan Pos Pemerhati dan Pendengaran.

"Pasukan beroperasi seterusnya cuba untuk menahan kenderaan tersebut.

"Namun menyedari kehadiran pasukan beroperasi, dua suspek yang berada di dalam kenderaan terbabit bertindak meninggalkan kenderaan dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

"Siasatan mendapati sebanyak 44 buah bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 455 kilogram dengan anggaran nilai sebanyak RM 36,400 ringgit ditemukan di dalam kenderaan terbabit.

Hasil rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM56,400 dan diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

"Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan memastikan keselamatan sempadan terpelihara", katanya.

 

ROSLINA BINTI DIN