fb fb fb fb fb

Amah, suami bunuh majikan warga emas, keputusan jatuh hukum 11 Disember

Sepasang suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini terhadap pertuduhan membunuh majikan mereka di Kulai, tiga tahun lepas / Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 29 November - Sepasang suami isteri warga Indonesia menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini atas pertuduhan membunuh majikannya di sebuah rumah di Kulai pada 17 Mac 2020.

Hakim, Datuk Abu Bakar Katar kemudian menetapkan 11 Disember depan bagi jatuh hukum selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Indonesia.

Mengikut pertuduhan, Ekalia dan suami, Bartolomeus Fransceda didakwa secara bersama membunuh Lau Yen Na, 73 tahun, pada tarikh berkenaan.

Berdasarkan analisa rakaman kamera litar tertutup, kedua-dua tertuduh membunuh mangsa dengan menggunakan cangkul kecil dua mata.

Kedua-dua mereka kemudiannya melarikan kenderaan dan telefon bimbit milik mangsa, sebelum ditangkap polis pada 21 Mac 2020, di sebuah restoran di Selangor.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan 12 sebatan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN