fb fb fb fb fb

450 produk vape disita dalam Op Selamat Paru-Paru di Johor Bahru

Antara produk vape yang dirampas dalam Op Selamat Paru-Paru / Foto RTM

JOHOR BAHRU, 18 Oktober - Sebanyak 450 produk vape atau rokok elektronik disita dalam Op Selamat Paru-Paru di sekitar Johor Bahru, Rabu lalu hasil serbuan ke atas 157 premis susulan aduan orang awam.
 
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon memaklumkan, 122 notis amaran dikeluarkan dan 42 kertas siasatan turut dibuka.
 
Kesalahan dilakukan antaranya, melibatkan kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok serta memperagakan produk tembakau atau vape secara terbuka.
 
Selain, menjual produk vape kepada individu bawah umur.
 
Operasi membabitkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pelbagai agensi itu, bagi memastikan pematuhan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
 
Kerajaan Johor telah mengenakan larangan penjualan jualan produk vape sejak 2016.
 
 

EMMI NORALIZA ADNAN