fb fb fb fb fb

4 Lelaki tempatan ditahan, ganja lebih 115,000 gram dirampas

Polis Selangor merampas 110 ketulan mampat dadah disyaki ganja

SHAH ALAM, 20 Disember- Polis Selangor merampas 110 ketulan mampat dadah disyaki ganja seberat 115,774 gram, susulan penahan empat lelaki tempatan, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi Subramaniam berkata, menerusi pemeriksaan awal, 10 ketulan mampat ganja ditemui dalam kenderaan suspek.

Siasatan lanjut membawa kepada penemuan lima kotak berisi 20 ketulan ganja setiap kotak di bahagian penyimpanan bas ekspres.

Beliau memaklumkan, ujian air kencing mendapati tiga suspek positif dadah. Tiga daripadanya juga mempunyai rekod jenayah lampau.

"Jumlah rampasan keseluruhan dalam kes ini adalah sebanyak 110 ketulan mampat daun kering dan disyaki ganja dan anggaran berat 115, 774 gram yang bernilai lebih kurang RM 358,899", katanya dalam
sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam.

Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 25 Disember. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ROSLINA BINTI DIN