BAU, 3 Ogos - Polis mengeluarkan sebanyak 39 saman terhadap penunggang motosikal di sekitar pekan Bau atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi khas yang dijalankan petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Dr. Daram Ruer berkata, kesalahan paling banyak dikesan adalah pengubahsuaian struktur motosikal yang tidak mengikut spesifikasi.
“Enam motosikal turut disita dalam operasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam operasi berkenaab, sebanyak 35 kenderaan dan 45 individu diperiksa.
Polis turut menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti permotoran yang menyalahi undang-undang.