fb fb fb fb fb

2 lelaki ditahan bersama dadah lebih 191 kg bernilai lebih RM6 juta

bungkusan plastik warna hijau berlabel teh cina berisi bahan disyaki dadah

SHAH ALAM, 20 November- Dua lelaki warga tempatan ditahan bersama 191.5 kilogram (kg) dadah jenis syabu, yang dianggarkan bernilai RM6.32 juta.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata kedua-dua suspek mengaku dadah disembunyikan dalam bonet kenderaan lain kira-kira 15 meter dari lokasi tangkapan.

"Lapan bungkusan guni pelbagai warna di dalamnya terdapat 190 bungkusan plastik warna hijau berlabel teh cina bertulis 'guanyinwang refined chinese tea' masing-masing mengandungi di dalamnya bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah methamphetamine", katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut disita kenderaan dinaiki suspek.

Kesemua dadah dipercayai akan dibawa ke Kedah dan Lembah Klang dijadikan sebagai lokasi transit.

Kedua-dua suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah lampau. Hasil ujian saringan air kencing kedua-duanya positif dadah.

Suspek direman 10 hari sehingga 22 November ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup atau 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

ROSLINA BINTI DIN