fb fb fb fb fb

11 'geng bala' diberkas

FOTO FAIL

JOHOR BAHRU, 2 September - Polis Johor berkas 11 individu dikenali sebagai 'geng bala' yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan samun di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, dan Muar dalam satu operasi bermula 12 hingga 26 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor Komisioner Polis M.Kumar berkata, kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 65 tahun.

Kumpulan jenayah berkenaan dipercayai aktif sejak lima hingga enam bulan lalu dengan menyasarkan kawasan perumahan yang tiada pengawal selain kawasan perumahan mewah.

Modus operandi adalah mengumpil pintu untuk memasuki kediaman dan akan melakukan samun menggunakan senjata sekiranya disedari penghuni.

"Namun 65 tahun ini dipercayai terlibat sebagai pembeli barang-barang kemas atau barang-barang yang berharga daripada kumpulan-kumpulan ini. Sasaran kumpulan ini untuk menjual barang-barang yang mereka curi dan dikenal pasti telah membeli, jadi kebiasaannya mereka berjumpa di luar," kata M.Kumar.

Turut dirampas barangan curi seperti barang kemas, beg tangan pelbagai jenama dan jam tangan bernilai RM95,000.

Semakan rekod lampau mendapati lapan daripada 11 suspek mempunyai rekod berkaitan dadah dan jenayah selain positif dadah.

Kesemua suspek kini sedang direman hingga 7 September ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397, Seksyen 457, Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

TETITIA YUSOFF