fb fb fb fb fb

1,357 tong LPG bernilai RM280,000 dirampas

KPDN rampas 1,357 tong LPG bernilai RM280,000 di sebuah stor di Ulu Tiram, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 29 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merampas 1,357 tong gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram yang dianggarkan bernilai RM280,000 menerusi operasi ke atas sebuah stor di Ulu Tiram, di sini.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, stor berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG).
 
Pihaknya turut merampas peralatan penyelewengan, lori selain menahan lima pekerja stor berusia antara 30 hingga 40-an.

"Modus operandi yang dilakukan adalah dengan melakukan aktiviti penyiringan (decanting), memasukkan tong gas 14 kg bersubsidi ke dalam lori tanker. Kita syaki untuk penyelewengan dan dipasarkan ke pasaran gelap dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
 
Kes disiasat mengikut Akta Kawaln Bekalan 1961.
 
Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti individu atau syarikat terlibat dalam kegiatan rantaian pengedaran tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI