FOTO AP
GEORGIA, 15 Januari- Pelakon dan pelawak, Tiffany Haddish ditangkap pada Jumaat dan didakwa memandu bawah pengaruh bahan terlarang.
Haddish ditahan selepas Polis Peachtree City mendapat panggilan kira-kira pukul 2:30 pagi mengenai seorang pemandu tertidur di lebuh raya, kata Penolong Ketua Polis Matt Myers dalam satu kenyataan.
"Seorang pegawai melihat kenderaan yang sepadan dengan keterangan pemanggil dan menghentikan Haddish ketika dia masuk ke halaman kediaman", kata Myers.
Haddish kemudiannya menghantar bon ASD$1,666 dan dibebaskan dari Penjara Fayette County, kata Myers.
Jurucakap Haddish bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Haddish merupakan bintang komedi popular "Girls Trip" dan telah membintangi filem seperti "The Kitchen," "Night School" dan "Like A Boss."
Dia juga menulis buku paling laris New York Times, "The Last Black Unicorn" dan menjadi hos rancangan televisyen popular "Kids Say The Darndest Things." -AP