fb fb fb fb fb

Rockology Concert Tour 2025 tawar pelan bayaran mudah: “Bayar Separuh, Gegar Habis!”

Rockology Concert Tour 2025 menampilkan dua nama besar, Datuk Awie dan Search (Kid Din), yang akan menggamatkan pentas Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun dan EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai

KUALA LUMPUR, 30 Mei– Rockology Concert Tour 2025 yang dinanti ramai kini tampil dengan pelan bayaran mudah. Peminat rock hanya perlu bayar 50 peratus dahulu dan selesaikan baki selewat-lewatnya tujuh hari sebelum konsert bermula.

RPM Events menerusi satu kenyataan memaklumkan, inisiatif itu diperkenalkan untuk beri lebih fleksibiliti kepada peminat merancang kewangan mereka.

Konsert berkenaan bakal menampilkan dua nama besar, Datuk Awie dan Search (Kid Din), yang akan menggamatkan pentas Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun dan EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai.

“Rock untuk semua. Kami mahu semua peminat ‘lock’ tempat duduk mereka lebih awal tanpa beban kewangan dan nikmati persembahan dua nama besar ini,” kata penganjur konsert, Pengarah RPM Events Sdn. Bhd.

Jelasnya, pihak penganjur juga buka peluang untuk penajaan korporat dan kolaborasi bersama rakan jenama.

“Ini peluang keemasan untuk jenama yang nak terlibat dalam produksi konsert berskala nasional. Ini bukan sekadar konsert, ini gerakan semangat rebel dan energi muzik rock,” kata Datuk Eddy lagi.

Tempahan boleh dibuat di UberTickets melalui opsyen bayaran 50/50. Tiket yang tak diselesaikan penuh akan batal dan bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.

Rockology Concert Tour 2025 dijangka jadi gelombang nostalgia dan semangat rock sejati dengan produksi pentas berkualiti tinggi dan bunyi kelas dunia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE