fb fb fb fb fb

PGAM SGRK PRO Junior Challenge beri pendedahan buat pemain golf remaja

RAWANG, 31 Mac - Misi menyediakan platform pendedahan bagi pemain remaja tercapai menerusi kejohanan Persatuan Gol Profesional Malaysia (PGAM) bersama Sirkit Golf Remaja Kedah (SGRK) Junior Challenge.

Menurut Datuk Yusoff Md Shah selaku Pengerusi SGRK, ini merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan di negeri lain selain Kedah melibatkan sebanyak 46 pemain profesional dan amatur serta 46 pemain junior.

Menariknya, setiap pemain junior digandingkan bersama seorang pemain profesional atau amatur dengan menggunakan format gabungan mata 'Gross' pada pusingan akhir.

(Datuk Yusoff Md Shah, Pengerusi Sirkit Golf Remaja Kedah)

"Saya mahu pihak pemain remaja ataupun junior ini boleh belajar sesuatu daripada pemain-pemain profesional," kata Yusoff kepada wartawan, di sini.

PGAM SGRK Pro Junior Challenge dibahagikan kepada 4 kategori melibatkan pemain lelaki dan perempuan berumur 13 hingga 21 tahun sementara satu kategori yang membabitkan pemain profesional dan amatur.

Sukree Othman berjaya merangkul tempat pertama kategori profesional/amatur dengan kutipan 134 mata keseluruhan.

Bagi kategori A Junior lelaki pula dimenangi oleh Nazran Shahrizan yang terpaksa ke aksi play off sementara Nor Haqeim Nor Hadi menjuarai kategori B.

Kategori A Junior perempuan pula dimenangi Lekisha Sasitharan manakala Alya Afza Hazari berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori B.

Media Baharu