fb fb fb fb fb

Fasa endemik: Kanak-kanak dibenar masuk stadium

PUTRAJAYA, 31 Mac - Bermula bulan depan, kebenaran makan dan minum serta kehadiran kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah ke dalam stadium antara kelonggaran terbaharu prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan ia selaras dengan fasa 'peralihan ke endemik' yang bermula 1 April ini.


(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu)

Namun, jelas Ahmad Faizal, pemakaian pelitup muka jika tidak makan dan minum serta penjarakan fizikal tetap perlu dipatuhi.

Maklumat lanjut berkenaan kelonggaran terbaharu itu akan dikemukakan oleh pihak KBS dalam waktu terdekat.

"Kami pihak KBS amat mengalu-alukan apabila stadium dan pusat kejohanan dibenarkan penonton makan dan minum termasuk juga anak-anak berumur 12 tahun juga telah dibenarkan masuk, ini adalah kelonggaran-kelonggaran yang tentunya disambut baik oleh orang ramai," kata Ahmad Faizal selepas merasmikan Putrajaya Night Ride 2022 di sini.

Seramai 200 orang terdiri daripada kalangan penjawat awam menyertai kayuhan sejauh 10 kilometer di sekitar Putrajaya.

Media Baharu