fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Johor, bakal terima bantuan RM500 daripada kerajaan negeri

SEGAMAT, 3 Januari - Kerajaan Johor akan memberi bantuan kewangan RM500 kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara itu akan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.

"Saya akan membawa perkara ini ke Mesyuarat EXCO supaya Kerajaan Negeri menambah lagi RM500 dan kita akan bincangkan jumlah bantuan kepada mangsa banjir jika kematian berlaku," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Datuk Hasni juga memaklumkan, arahan dan koordinasi antara jabatan-jabatan dan agensi memastikan bantuan dapat diberi tepat pada masanya.

"Kerajaan negeri juga akan memudah cara semua bantuan daripada pelbagai agensi", katanya.

 

Media Baharu