fb fb fb fb fb

VTL: KL dan Singapura masih nilai risiko Omicron sama ada meneruskan kuota asal atau sebaliknya



JOHOR BAHRU, 7 JanuariĀ - Kerajaan Malaysia dan Singapura sedang menilai risiko semasa wabak COVID-19 sebelum memutuskan sama ada meneruskan kuota asal atau mengurangkan kuota 50 peratus untuk skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin, (VTL) Darat dan Udara, Singapura-Johor Bahru.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, setakat ini 37,783 orang sudah menggunakan VTL udara sejak mula dibuka pada 29 November lalu.

Penangguhan yang dibuat ketika ini bukan kepada inisiatif VTL sebaliknya adalah untuk permohonan baharu keluar atau masuk.

"Tidak ada pertambahan jumlah tetapi mereka akan tunggu sehingga 21 Januari ini, yang mana pada masa itu separuh daripada kapasiti dibenarkan.

Mulai 21 Januari ikut perbincangan asal ialah 50 peratus daripada kapasiti asal telah dipersetujui pada 29 November", katanya dalam sidang media selepas Majlis Meraikan Pencapaian PTP 2021 di Tanjung Pelepas.

Malaysia dan Singapura telah mengambil keputusan dengan membekukan penjualan tiket penerbangan dan bas laluan VTL ke dua-dua negara sehingga 20 Januari ini.

Langkah tersebut bertujuan mengurangkan risiko terdedah kepada kes import Omicron COVID-19.

Media Baharu