fb fb fb fb fb

77 pelajar Orang Asli dibawa keluar untuk memulakan sesi persekolahan



GUA MUSANG, 9 Januari - Seramai 77 pelajar Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan berjaya dibawa keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi memulakan sesi persekolahan pada Ahad.

Usaha itu dilakukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli bersama pemimpin kampung serta kontraktor pengangkutan pelajar Orang Asli apabila terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak mereka kerana masih bimbangkan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi, Ajeh Baharom berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan ada ibu bapa yang hampir setahun tidak membenarkan anak mereka ke sekolah.

Katanya, namun selepas dipujuk akhirnya mereka kembali membenarkan anak mereka ke sekolah dan tinggal di asrama.

Pos Tohoi terletak hampir 50 kilometer dari bandar Gua Musang dan mempunyai 800 penduduk Orang Asli.

Media Baharu