fb fb fb fb fb

PIALA FA INGGERIS - Newcastle tersingkir

FOTO : AP


LONDON, 9 Januari - Musim malang Newcastle berterusan apabila disingkirkan dari saingan Piala FA kepada kelab divisyen tiga, Cambridge, dengan kekalahan 0-1 pagi tadi.

Joe Ironside menjaringkan gol tunggal perlawanan 11 minit selepas babak kedua bermula untuk membawa pasukannya ke pusingan ke-4.

Penjaga gol Cambridge, Dimitar Mitov perlu diberi pujian apabila berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah. - AP

Media Baharu