fb fb fb fb fb

Meg Ryan terima Anugerah Pencapaian Festival Filem Sarajevo

Pelakon dan Pengarah, Meg Ryan/ Foto REUTERS

SARAJEVO, 22 Ogos-Pelakon,pengarah dan penerbit Hollywood, Meg Ryan menerima Anugerah Pencapaian daripada Festival Filem Sarajevo bagi mengenang dan menghargai sumbangannya terhadap industri perfileman pada Selasa.

Ryan, merupakan di antara empat penulis filem yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut di samping penerima lain seperti pengarah filem,Alexander Payne, pengarah filem Palestin, Elia Suleiman serta penerbit dan pelakon, John Turturro.

Pengarah Festival Filem Sarajevo, Jovan Marjanović berkata anugerah tersebut mengiktiraf bakat, kebolehan serta sumbangan Ryan terhadap industri perfileman dunia.

Ryan secara simbolik mempersembahkan tayangan khas komedi romantik hit 1998, filem "You've Got Mail" di pawagam terbuka, tempat yang sama pertama kali ditayangkan pada festival itu pada tahun 1999.

Pada bengkel yang diadakan difestival filem berkenaan, Ryan diberi peluang untuk memberi penerangan tentang naskah "What Happens Later", drama kedua arahan serta tulisannya.

Drama tersebut turut dibintangi Ryan bersama-sama David Duchovny, yang turut ditayangkan di festival berkenaan.

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan bahawa dia menceburi lakonan bertujuan untuk membiayai pengajiannya.

Dia turut menganggap bahawa dia bukanlah seorang pelakon yang terlatih pada awal kemunculannya.

Festival Filem Sarajevo, merupakan sebuah pameran filem yang bermula dari Vienna ke Istanbul, dan dimulakan oleh sekumpulan peminat filem menjelang akhir perang Bosnia 30 tahun lalu.

Sebanyak 240 filem akan ditayangkan pada festival kali ini.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD