fb fb fb fb fb

Lebih 2,000 peminat hadir menyaksikan Malam Galau ST12

Vokalis, Firman Siagian mendendangkan tujuh buah lagu kumpulan itu dan single terkenal beliau iaitu Kehilangan.

KUALA LUMPUR, 16 November- Lebih 2,000 peminat hadir menyaksikan persembahan Malam Galau ST12 yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut pemain dram ST12, Ilham Febry atau lebih dikenali Pepep, konsert itu meraikan 18 karya terbaik kumpulan berkenaan seperti Putih-Putih Melati, P.U.S.P.A, Jangan Pernah Berubah dan Cari Pacar Lagi.

Vokalis, Firman Siagian mendendangkan tujuh buah lagu kumpulan itu dan single terkenal beliau iaitu Kehilangan.

"Hai kami daripada ST12, saya Pepep, Firman, Indra dan Aris. Buat semua peminat di Malaysia, terus dengarkan 'single' ST12 dan kami berharap 'single' terbaharu itu meletup di Malaysia," kata Pepep kepada pemberita di sini.

Pentas Malam Galau ST12 turut menampilkan Hazama, yang mendendangkan single kolaborasi sulung bersama ST12 iaitu Harapan tak kunjung usai.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM