fb fb fb fb fb

Filem kontroversi Kashmir, Singapura haramkan tayangan

(Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) India yang baru direkrut bersorak semasa perarakan
di Humhama, Srinagar pada 2 Mei 2022/Fail AFP)

SINGAPURA, 10 Mei- Pihak berkuasa Singapura mengharamkan tayangan filem India kontroversi kerana gambaran “provokatif dan berat sebelah" terhadap umat Islam di Kashmir.

Kerajaan bimbang kebenaran tayangan filem itu hanya mencetuskan ketegangan agama dan etnik di negara itu.

Mula ditayangkan pada Mac lalu di India, filem dengan kutipan tertinggi, "The Kashmir Files" menceritakan bagaimana ratusan ribu penganut Hindu melarikan diri dari wilayah Kashmir yang ditadbir India pada 1989 - 1990.

Plot cerita mengikuti kisah fiksyen seorang pelajar universiti yang kematian ibu dan bapanya akibat dibunuh oleh golongan militan.

Filem itu disokong Perdana Menteri, Narendra Modi dan kemudian dijadikan kumpulan penyokong tegar agama, membangkitkan kebencian terhadap penduduk minoriti Islam di negara itu.


(Pekerja membersihkan poster 'The Kashmir Files'
di sebuah pawagam di New Delhi/Fail AFP)

Menurut penganalisis, ia amat dekat dengan agenda politik kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Modi yang sering dituduh meminggirkan dan memburukkan umat Islam di India.

Pengawal selia media Singapura enggan mengklasifikasikan filem itu, memberi maksud filem itu tidak boleh ditayangkan.

Keputusan dibuat kerana kerana filem tersebut “memberi gambaran ‘provokasi dan berat sebelah' terhadap umat Islam dan gambaran penganut Hindu dianiaya,” kata pegawai dalam satu kenyataan pada lewat Rabu.

Singapura dihuni kira-kira 5.5 juta penduduk majoritinya etnik Cina, diikuti komuniti Melayu dan India.

Data rasmi kerajaan India melaporkan, kira-kira 200,000 penganut Hindu Kashmir -- dikenali sebagai Pandit -- melarikan diri selepas didakwa berlaku keganasan yang bermula pada akhir 1980-an. Lebih 219 individu dilaporkan terbunuh dalam konflik itu. -AFP

Media Baharu