fb fb fb fb fb

Elton John buat persembahan di White House sejak kali terakhir pada 1998

(Elton John pada persembhannya di White House pada Jumaat/AFP)

WASHINGTON, 25 September- Elton John membuat persembahan di White House atas jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, selepas menolak jemputan daripada presiden sebelum ini, Donald Trump.

Mengenakan sut hitam berkilauan dan berkaca mata hitam dengan lensa ranggi berwarna oren,, ikon pop berusia 75 tahun itu duduk di piano dengan latar belakang kediaman presiden AS yang bergemerlapan dengan lampu yang meriah.

"Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan, betapa bodohnya," John bergurau ketika dia naik ke pentas untuk mempersembahkan lagu hitnya pada tahun 1970 'Your Song'.

"Saya pernah bermain di beberapa tempat yang indah sebelum ini, tetapi ini mungkin icing pada kek."

Kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput ke majlis itu.

Turut hadir ialah pemenang Hadiah Keamanan Nobel Malala Yousafzai dan bekas juara tenis dan aktivis Billie Jean King, menurut White House dalam satu kenyataan.

"Sudah jelas muzik Elton John telah mengubah hidup kami," kata Biden.

Penyanyi itu bercakap tentang kepentingan memerangi HIV/AIDS dan berterima kasih kepada Amerika Syarikat atas peranannya dalam memerangi virus itu.

Menurut White House lagi, acara pada Jumaat itu bertujuan untuk meraikan kuasa penyatuan muzik.

 Tetapi ketika John mempersembahkan lagu hitsnya "Tiny Dancer" dan "Rocket Man," ia mengingatkan perpecahan mendalam dalam politik AS.

(Elton John (tengah) bercakap selepas dia dianugerahkan Pingat Kemanusiaan Kebangsaan
oleh Presiden A.S. Joe Biden (kanan) dan wanita pertama Jill Biden (kiri)/AFP)


John, yang sedang dalam jelajah perpisahan global maraton, mengucapkan terima kasih kepada Biden atas jemputan itu dan turut memuji bekas Presiden AS George W. Bush.

"Saya hanya berharap AS boleh menjadi lebih bipartisan dalam segala-galanya," kata John.

Pada penghujung persembahannya, Biden mengejutkan John dengan menghadiahkannya Pingat Kemanusiaan Kebangsaan kerana memperkasakan orang ramai untuk memperjuangkan keadilan.

"Saya tidak pernah diberi kejutan sebegini," kata John yang kelihatan terharu. -AFP

Media Baharu