fb fb fb fb fb

Debaran Liga M 2022 bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Kempen musim 2022 bagi 22 pasukan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) bermula hari ini dengan 5 perlawanan melibatkan pasukan daripada Liga Super.

Bagi pasukan Liga Premier pula, cabaran mereka akan bermula esok dan Isnin dengan membabitkan 3 perlawanan sahaja.

Jadual hari pertama Liga Super menyaksikan pertemuan di antara Sabah FC dan Negeri Sembilan FC yang telah pun bermula pada pukul 7.30 petang tadi di Kota Kinabalu.

Ia disusuli dengan aksi Sarawak United FC berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Kuching yang baharu bermula pada 8.15 minit tadi.

Namun, tumpuan pastinya terarah kepada juara 8 kali, Johor Darul Takzim (JDT) yang melayan kunjungan Penang FC di laman sendiri pada pukul 9 malam ini.

(Debaran kian terasa, pasukan manakah yang akan mengutip tiga mata malam ini/Foto Facebook Malaysian Football League )


Skuad Harimau Selatan itu sekali lagi menjadi pilihan juara musim ini, selepas membuka kempen dengan menjulang trofi pertama iaitu Piala Sumbangsih minggu lalu.

Turut menarik perhatian ialah pertarungan 'Derby' Lembah Klang di antara Kuala Lumpur City FC dan Selangor FC di Cheras, juga pada pukul 9.00 malam.

Dua lagi perlawanan akan berlangsung esok dengan Sri Pahang FC bertemu Terengganu FC manakala Petaling Jaya City FC bertemu Melaka United FC.

Media Baharu