(Barisan pemain UiTM HA dan NDT memasuki padang sebelum memulakan aksi pusingan kedua MHL 2022)
KUALA LUMPUR, 5 Mac - UiTM HA berjaya mengutip 3 mata apabila mengatasi Skuad Pembangunan Kebangsaan (NDT) 3-1 pada pusingan kedua Liga FmacKebangsaan (MHL) 2022.
Berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, suku masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Bagaimanapun UiTM terlebih dahulu berjaya mendahului menerusi jaringan sudut penalti Zulpidaus Mizun pada minit ke- 22.
Skuad kendalian Shaiful Azli Abd Rahman itu kemudian menggandakan kelebihan hasil gol padang Faridzul Afiq Mohd, tiga minit kemudian.
(Pemain UiTM HA, Daniel Asyraf Abdul Ghani menjaringkan gol ketiga pada perlawanan menentang NDT pada pusingan kedua MHL 2022)
Tersentak dengan 2 gol itu, skuad NDT mula mengatur rentak dan berjaya merapatkan jurang menerusi gol padang Mohamad Shafiq Abdullah.
Namun, hasrat anak-anak buah Megat Azrafiq Megat Tarmizi itu untuk menyamakan kedudukan lebur apabila UiTM terus selesa di depan dengan gol ketiga menerusi Daniel Asyraf Abdul Ghani.
Permainan suku masa keempat pula hanya sempat berlangsung selama 3 minit sebelum ditamatkan akibat cuaca hujan lebat dan petir.