fb fb fb fb fb

Azlina Aziz punya nilai eksklusif tersendiri

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Penyanyi bertaraf antarabangsa dan lagenda, Azlina Aziz yang merupakan anak kepada seniwati Normadiah dan Aziz Jaffar mempunyai nilai eksklusif tersendiri.

Walaupun tiada album baharu, Azlina Aziz tetap terima banyak persembahan terutamanya persembahan di luar negara.

rtm
(Penyanyi, Azlina Aziz)

"Saya bertuahlah kerana dipilih oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, dan Tourism, untuk misi jualan bagi mempromosikan Malaysia. Saya bekerjasama dengan Tourism Malaysia dengan kementerian ini kira-kira 10 tahun.

"Sepanjang tempoh itu, saya keluar negara untuk mempromosikan negara ni. Jadi masa itu, lepas persembahan saya tidak beritahu saya keluar negara, buat ini... tidak... memang tidak ada, tidak pernah dengan buat publisiti", katanya ketika ditemui RTM.

Berkongsi cerita walaupun berminat menyanyi, tapi cita-citanya bukan seorang penyanyi, Azlina tetap boleh pusing satu dunia dengan kerjayanya sekarang.

"Cita-cita lain, bukan penyanyi, hendak jadi Pramugari. Jadi, alhamdulilah pramugari dapat pergi travel, tapi rezeki saya dapat keluar negara juga dengan saluran yang berbeza betul", katanya.

Baru-baru ini, Azlina Aziz membuat kemunculannya di Malam Kemuncak Bintang Klasik RTM 2023 dengan lagu hitsnya 'Wajahmu Dimana-mana'.

Media Baharu