Vietnam dan EU perkukuh hubungan diplomatik di tengah ketidaktentuan global

Foto REUTERS

HANOI, 29 Januari – Vietnam dan Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis mengumumkan peningkatan hubungan diplomatik bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa di tengah ketidaktentuan global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peningkatan hubungan diplomatik antara Vietnam dan EU untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam menghadapi ketidaktentuan global.
  • Hubungan dinaikkan ke tahap tertinggi, sejajar dengan hubungan Vietnam bersama kuasa besar lain, memudahkan pertemuan peringkat tinggi lebih kerap.
  • Kedua pihak akan memperdalam kerjasama dalam pertahanan, mineral kritikal, semikonduktor, pengangkutan dan infrastruktur komunikasi.

Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa, yang tiba di Hanoi selepas EU memeterai perjanjian perdagangan utama dengan India pada Selasa berkata peningkatan hubungan itu mencerminkan kepentingan Eropah terhadap rantau ini serta peranan Vietnam yang semakin berkembang.

“Perkembangan itu menggambarkan hubungan yang mendalam serta kerjasama sedia ada yang meluas, selain jangkaan terhadap perkembangannya pada masa hadapan”, katanya.

Hubungan yang meningkat ke tahap tertinggi, sama seperti dengan hubungan Vietnam bersama Amerika Syarikat, China dan Rusia, yang lazimnya melibatkan pertemuan peringkat tinggi yang lebih kerap antara kedua-dua pihak.

Perkembangan itu juga dijangka mengukuhkan lagi perkongsian antara kedua-dua pihak, menurut kenyataan bersama yang diterima pakai pada Khamis.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Vietnam dan EU akan meneroka serta memperdalam kerjasama dalam pelbagai sektor, termasuk pertahanan, mineral kritikal, semikonduktor, pengangkutan dan infrastruktur komunikasi.

Ini sekali gus mengesahkan laporan Reuters pada Rabu mengenai usaha memperluas kerjasama strategik antara Vietnam dan EU.-REUTERS