WASHINGTON, 17 Oktober – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk ugut ‘memasuki (ke Gaza) dan bunuh’ Hamas sekiranya berlaku pembunuhan terhadap rakyat Gaza.
- Trump menuduh Hamas membunuh orang di Gaza selepas gencatan senjata, menyalahkan kumpulan itu atas keganasan terkini.
- Beliau mengugut “masuk dan bunuh” jika pembunuhan terus berlaku, walau tidak jelaskan siapa termasuk dalam "kami".
- Trump menegaskan tentera AS tidak perlu terlibat secara langsung di Gaza meskipun mengeluarkan ancaman itu.
- Kenyataan beliau mencetus kritikan antarabangsa dan kelompok hak asasi menyifatkannya berat sebelah terhadap nyawa Palestin.
Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump menuduh Hamas kononnya kumpulan itu melakukan pembunuhan di Gaza selepas gencatan senjata.
“Jika Hamas terus membunuh orang di Gaza, yang bukan sebahagian daripada perjanjian, kami tiada pilihan selain untuk masuk dan membunuh mereka.”
Trump tidak menjelaskan siapa yang dimaksudkan dengan “kami”, namun menegaskan tentera Amerika Syarikat tidak perlu terlibat secara langsung di Gaza.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika Israel dilaporkan masih mengekalkan kekuatan tenteranya di beberapa kawasan di Gaza meskipun sebahagian pasukan telah berundur di bawah perjanjian gencatan senjata 20 perkara digariskan AS.
Sikap Trump yang sebelum ini dilihat acuh tak acuh terhadap pembunuhan rakyat Palestin oleh Zionis Israel mengundang kritikan antarabangsa.
Ini termasuk daripada kumpulan hak asasi yang menyifatkan kenyataannya sebagai berat sebelah dan tidak menghormati nyawa penduduk Gaza. – AFP