Trump ancam serang infrastruktur Iran

Trump berucap mengenai konflik Asia Barat, tegaskan serangan terhadap Iran/Foto AFP

WASHINGTON, 3 April – Konflik di Asia Barat kini memasuki minggu kelima, dengan ketegangan terus memuncak antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump mengancam serangan ke atas infrastruktur Iran, termasuk jambatan dan loji jana kuasa elektrik.
  • Beliau mendakwa tentera Amerika Syarikat masih belum memulakan operasi ketenteraan sepenuhnya di Iran.
  • Trump mendesak kepimpinan Iran 'tahu apa yang perlu dilakukan' dan perlu bertindak segera.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk melancarkan serangan terhadap infrastruktur Iran termasuk jambatan dan loji jana kuasa elektrik.

Menerusi hantaran di platform Truth Social, katanya tentera Amerika Syarikat masih belum memulakan sepenuhnya operasi ketenteraan di negara itu.

“Tentera kami masih belum mula memusnahkan apa yang tinggal di Iran. Seterusnya jambatan, kemudian loji elektrik,” katanya.

Trump berkata kepimpinan Iran ‘tahu apa yang perlu dilakukan dan perlu bertindak segera’. – REUTERS