Tragedi terowong di Sikkim ragut 12 nyawa

Foto REUTERS

NAMCHI, 22 Julai – Seramai 12 orang disahkan terkorban manakala sekurang-kurangnya 13 lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam kejadian runtuhan terowong di sebuah tapak projek hidroelektrik di negeri Sikkim, timur laut India, pada Isnin waktu tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Runtuhan berlaku di tapak projek hidroelektrik Sungai Teesta milik NHPC di Kampung Samardung.
  • Letupan dipercayai berpunca gas metana terperangkap dalam batuan terowong, menyebabkan asap tebal dan gas beracun.
  • Usaha menyelamat sukar disebabkan kepulan asap toksik, pasukan penyelamat menggunakan peralatan pernafasan khas semasa operasi.

Insiden berkenaan berlaku di tapak projek Sungai Teesta milik syarikat kerajaan, ‘National Hydroelectric Power Corp Ltd’ (NHPC) di Kampung Samardung.

Menurut kenyataan NHPC, letupan mengejut itu dipercayai berpunca daripada gas metana yang terperangkap di dalam batuan terowong, sekali gus menyebabkan ruang berkenaan dipenuhi asap tebal serta gas beracun.

“Pihak berkuasa memaklumkan usaha menyelamatkan antara 13 hingga 15 mangsa yang terperangkap berdepan kesukaran ekoran kepulan asap toksik yang tebal,” menurut kenyataan itu.

Rakaman video di lokasi kejadian pada Rabu menunjukkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan peralatan pernafasan khas bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat. — REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.