Tentera Lubnan buka semula laluan utama yang terjejas akibat serangan Israel

Tentera Lubnan berkawal di sempadan Lubnan-Israel di Naqoura/Foto Fail REUTERS

ISTANBUL, 19 April – Tentera Lubnan memaklumkan bahawa unit khasnya membuka semula jalan Khardali–Nabatieh yang rosak akibat serangan Israel sejak beberapa minggu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Akses ke jambatan Burj Rahal–Tyre dipulihkan sebahagiannya.
  • Kerja pemulihan jambatan Tayr Falsah–Tyre dijalankan bersama Pihak Berkuasa Sungai Litani Kebangsaan.
  • Usaha membuka semula jalan, mengalihkan halangan dan mengekalkan keselamatan dalam negeri diteruskan; gencatan senjata dilaporkan dicabuli.

Akses ke jambatan Burj Rahal–Tyre juga telah dipulihkan sebahagiannya, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.

Kerja pemulihan di jambatan Tayr Falsah–Tyre juga sedang dijalankan dengan penyelarasan Pihak Berkuasa Sungai Litani Kebangsaan, menurut tentera Lubnan dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita nasional Lubnan.

Menurut kenyataan itu, usaha untuk membuka semula jalan, mengalihkan halangan serta mengekalkan keselamatan dalam negeri masih diteruskan.

Sejak 2 Mac, Israel melancarkan serangan ke atas Lubnan yang mengorbankan kira-kira 2,300 orang, mencederakan lebih 7,500 lagi dan menyebabkan lebih sejuta penduduk hilang tempat tinggal, menurut angka rasmi terbaharu Lubnan.

Gencatan senjata sementara selama 10 hari antara Israel dan Lubnan yang berkuat kuasa Khamis lepas bagaimanapun dilaporkan dicabuli. – BERNAMA-ANADOLU