Sistem pertahanan udara Bahrain patahkan beberapa serangan udara

Gambar Hiasan / RTM

BEIRUT, 15 November – Sistem pertahanan udara Bahrain berjaya mematahkan beberapa serangan udara pada Ahad, menurut Kementerian Pertahanan negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua unit angkatan tentera Bahrain berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi bagi memastikan keselamatan negara.
  • IRGC mendakwa menggunakan enam pesawat udara tanpa pemandu untuk menyasarkan radar pertahanan AS di pangkalan Riffa.
  • IRGC menyatakan serangan dilancarkan sebagai tindak balas terhadap tindakan bermusuhan oleh AS.
  • Kementerian Pertahanan mengesahkan kejadian melalui kenyataan rasmi kepada media.

“Sistem pertahanan udara Angkatan Pertahanan Bahrain berjaya mematahkan dan menggagalkan beberapa serangan udara Iran pada Ahad, 15 November, sebelum serangan itu mencapai sasarannya,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa semua unit angkatan tentera Bahrain berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi bagi memastikan keselamatan negara.

Terdahulu pada Ahad, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa pihaknya menggunakan enam pesawat udara tanpa pemandu (UAV) untuk menyasarkan radar pertahanan udara Amerika Syarikat (AS) di pangkalan tentera Riffa, Bahrain.

IRGC memaklumkan serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap tindakan bermusuhan oleh AS. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.