
MOSCOW, 22 April – Ketua-ketua negara berhimpun pada Rabu di Astana, ibu negara Kazakhstan bagi Sidang Kemuncak Ekologi Serantau yang julung kali diadakan, lapor Anadolu Ajansi.
- Sidang kemuncak dianjurkan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai rakan strategik dan berlangsung hingga Khamis.
- Pemimpin serantau hadir seperti Presiden Tajikistan, Armenia, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Georgia, Perdana Menteri Azerbaijan dan Presiden Uzbekistan.
- Bertemakan "One Region, One Vision, One Future", sidang bertujuan merangka penyelesaian praktikal untuk cabaran alam sekitar dan iklim.
Sidang kemuncak yang dianjurkan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai rakan strategik itu akan berlangsung hingga Khamis.
Antara kenamaan asing yang menghadiri sidang kemuncak itu ialah Presiden Tajikistan Emomali Rahmon, Presiden Armenia Vahagn Khachaturyan, Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov dan Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow.
Turut hadir ialah Presiden Georgia Mikheil Kavelashvili, Perdana Menteri Azerbaijan Ali Asadov dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev.
Diadakan dengan tema “One Region, One Vision, One Future”, sidang kemuncak itu bertujuan merangka penyelesaian praktikal bagi menangani cabaran alam sekitar dan iklim yang dihadapi rantau berkenaan serta dunia.-BERNAMA