Sekatan terhadap Iran: AS lencong 104 kapal

Foto REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 18 September – Amerika Syarikat (AS) telah melencongkan 104 kapal komersial bagi memastikan “pematuhan ketat” terhadap sekatan laut ke atas Iran, menurut Pusat Pemerintahan AS (CENTCOM).

RINGKASAN BERITA AI
  • CENTCOM terbitkan imej F/A-18F Super Hornet berlepas dari dek kapal pengangkut USS George H.W. Bush.
  • Kehadiran kapal di rantau itu bertujuan menyokong penguatkuasaan sekatan laut AS terhadap Iran.
  • Susulan serangan AS dan Israel pada 28 Februari, Tehran mengehadkan laluan Selat Hormuz, dan AS mengenakan sekatan laut terhadap kapal ke atau dari Iran.

CENTCOM menerusi satu hantaran di platform X turut menerbitkan imej yang menunjukkan sebuah pesawat pejuang F/A-18F Super Hornet berlepas dari dek kapal pengangkut pesawat USS George H.W. Bush.

“Kapal tersebut berada di rantau berkenaan bagi menyokong penguatkuasaan sekatan laut AS terhadap Iran,” menurut kenyataan itu.

Susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari, Tehran telah mengehadkan laluan melalui Selat Hormuz, manakala AS mengenakan sekatan laut terhadap kapal-kapal yang bergerak menuju ke pelabuhan dan kawasan pesisir Iran atau berlepas darinya. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.