
CARACAS, 13 Januari- Pemangku Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez pada Isnin mengumumkan perubahan pertama Kabinetnya iaitu pelantikan Juan Escalona sebagai menteri baharu Pejabat Presiden, lapor Xinhua.
RINGKASAN BERITA AI
- Delcy Rodriguez umum pelantikan Juan Escalona sebagai menteri Pejabat Presiden, menggantikan Anibal Coronado.
- Anibal Coronado dipindahkan ke jawatan Menteri Ekososialisme.
- Rodriguez menegaskan keyakinan terhadap kesetiaan, keupayaan dan komitmen Escalona untuk meneruskan pelan kerajaan.
Escalona menggantikan Anibal Coronado yang akan berkhidmat sebagai Menteri Ekososialisme, kata Rodriguez menerusi Telegram.
“Saya yakin kesetiaan, keupayaan dan komitmen beliau akan memastikan pembangunan berterusan pelan Kerajaan Bolivarian kita bersama-sama rakyat,” kata Rodriguez mengenai Escalona. – BERNAMA-XINHUA