
NEW YORK, 8 April – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengalu-alukan gencatan senjata selama dua minggu yang dipersetujui antara Amerika Syarikat dengan Iran.
RINGKASAN BERITA AI
- PBB menggesa semua pihak berusaha memastikan keamanan berkekalan di Asia Barat.
- Guterres meminta pematuhan terhadap kewajipan undang-undang antarabangsa oleh semua pihak yang terbabit.
- Pematuhan terma gencatan senjata dilihat sebagai langkah penting ke arah keamanan menyeluruh dan berkekalan.
Jurucakapnya, Stephane Dujarric menerusi satu kenyataan menyatakan, pemimpin badan dunia itu menggesa semua pihak berusaha ke arah memastikan keamanan dalam jangka panjang di Asia Barat.
Guterres turut meminta semua pihak yang terbabit dalam konflik semasa, supaya mematuhi kewajipan mereka bawah undang-undang antarabangsa dan terma gencatan senjata bagi merintis jalan ke arah keamanan yang berkekalan dan menyeluruh di rantau berkenaan. -AFP