Letupan berhampiran kafe di Moscow ragut tiga nyawa

Polis mengambil langkah keselamatan di lokasi kejadian selepas letupan berlaku di sebuah restoran sehingga menyebabkan kebakaran di Moscow, Rusia pada Sabtu/Reuters

MOSCOW, 2 Ogos- Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 15 lagi cedera selepas letupan berlaku berhampiran sebuah kafe di Moscow, Rusia pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis dan pegawai forensik dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
  • Rakaman yang dikongsi menerusi saluran Telegram menunjukkan jentera bomba dan ambulans berada di kawasan kejadian.
  • Punca letupan masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang diteruskan oleh pihak berkuasa.
  • Saluran Telegram Baza melaporkan letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di bahagian dapur kafe.

Polis Moscow berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 malam waktu tempatan, namun punca letupan masih belum dikenal pasti.

Pasukan polis dan pegawai forensik dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan, manakala rakaman yang dikongsi menerusi saluran Telegram Rusia menunjukkan jentera bomba serta ambulans berada di kawasan kejadian.

Menurut saluran Telegram Baza, letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di bahagian dapur kafe berkenaan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.