
BANGKOK, 6 Januari- Tentera Thailand melaporkan bahawa pihak Kemboja mendakwa tembakan rentas sempadan di wilayah Ubon Ratchathani hari ini adalah satu kemalangan.
- Kemboja dakwa tembakan rentas sempadan di Ubon Ratchathani adalah kemalangan operasi.
- Thailand diberi amaran oleh Kemboja tiada niat melepaskan tembakan ke wilayah Thailand.
- Satu anggota tentera Thailand cedera akibat serpihan daripada serangan mortar.
- Thailand ancam tindakan balas jika insiden serupa berulang; Kemboja enggan mengulas lanjut.
“Unit tentera di kawasan itu dihubungi pihak Kemboja yang mendakwa tiada niat melepaskan tembakan ke arah wilayah Thailand dan menyatakan ia berpunca kesilapan operasi.
“Jika berlaku lagi, Thailand mungkin mengambil tindakan balas,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, satu serangan mortar dilapor berlaku pagi tadi, mengakibatkan seorang anggota tentera Thailand cedera akibat serpihan.
Tindakan berkenaan disifatkan Bangkok sebagai mencabuli gencatan senjata berkuat kuasa 10 hari lalu.
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata enggan mengulas mengenai dakwaan serangan terbaharu berkenaan. -AFP