Kekecohan di Kedutaan Iran: beberapa polis cedera, penunjuk perasaan ditahan

Seorang penunjuk perasaan memegang plakad tokoh pembangkang Iran dan anak terakhir Shah Iran, Reza Pahlavi, semasa perhimpunan Solidariti dengan Kebangkitan Iran di pusat London pada 11 Januari 2026/ Foto AFP

LONDON, 17 Januari – Seorang penunjuk perasaan yang memanjat bumbung kedutaan Iran di London dan menurunkan bendera ditahan bersama beberapa individu lain, menurut polis Metropolitan, selepas beberapa anggota polis cedera dalam demonstrasi itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penunjuk perasaan memanjat dan menurunkan bendera di kedutaan Iran, lalu ditahan oleh polis Metropolitan.
  • Beberapa anggota polis cedera selepas objek dilontar semasa kekecohan, beberapa individu ditahan atas syak gangguan ganas.
  • Keselamatan diperketatkan susulan protes minggu lalu yang melibatkan pertukaran bendera kedutaan kepada bendera pra-Revolusi 1979.

“Semasa protes di Kedutaan Iran malam ini, seorang penunjuk perasaan secara haram memasuki premis kedutaan, memanjat beberapa balkoni dan menurunkan bendera,” menurut kenyataan polis di laman X.

Polis berkata, semasa kekecohan itu, objek telah dilontar ke arah anggota polis dan beberapa individu ditahan atas syak suspek gangguan ganas.

Langkah keselamatan diperketatkan selepas protes minggu lalu, apabila seorang penunjuk perasaan sementara menukar bendera kedutaan kepada bendera lama Iran sebelum Revolusi Islam 1979.

Protes besar-besaran sedang berlaku di Iran, bermula dengan bantahan ekonomi pada 28 Disember lalu, tetapi berkembang menjadi gerakan rakyat menuntut penghapusan sistem teokratik yang memerintah Iran sejak 1979.

Demonstrasi itu dilaporkan telah mengorbankan ribuan orang sebelum reda dalam beberapa hari terakhir.-AFP