Jet pejuang F-16 terhempas di Michigan, juruterbang selamat

(Fail) F-16/ AFP

WASHINGTON, 18 September- Sebuah jet pejuang F-16 tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di Michigan pada Khamis, namun juruterbangnya dilapor terselamat selepas berjaya melenting keluar dari tempat duduk pesawat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesawat milik Texas Air National Guard dilaporkan sedang menjalankan misi latihan di kawasan nahas.
  • Agensi Pengurusan Kecemasan Grand Traverse County mengeluarkan arahan pemindahan bagi penduduk dalam lingkungan 1.6 kilometer, tanpa memberi butiran lanjut.
  • Senator Michigan Gary Peters dimaklumkan mengenai nahas berhampiran Traverse City dan memantau perkembangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Difahamkan pesawat berkenaan adalah milik Texas Air National Guard yang sedang menjalankan misi latihan di kawasan berkenaan.

Agensi Pengurusan Kecemasan, Grand Traverse County dalam hantaran di Facebook pula memaklumkan arahan pemindahan berkuat kuasa bagi penduduk dalam lingkungan 1.6 kilometer dari lokasi nahas.

Namun, pihak itu tidak memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, Senator AS bagi Michigan, Gary Peters berkata beliau telah dimaklumkan mengenai nahas berkenaan yang berlaku berhampiran Traverse City.

Peters berkata pihaknya sedang memantau perkembangan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.