
JAKARTA, 22 Januari – Indonesia menyertai Turkiye, Mesir, Jordan, Arab Saudi, Pakistan dan Qatar dalam menerima jemputan untuk menyertai Lembaga Keamanan cetusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menurut kenyataan Kementerian Luar Indonesia menerusi media sosial pada Khamis.
- Indonesia menerima jemputan menyertai Lembaga Keamanan inisiatif Presiden AS Donald Trump bersama beberapa negara lain.
- Negara lain yang turut dijemput termasuk Turkiye, Mesir, Jordan, Arab Saudi, Pakistan dan Qatar.
- Setiap negara akan menandatangani dokumen penyertaan mengikut prosedur undang-undang masing-masing.
- Inisiatif itu bertujuan menyelesaikan konflik global dan skopnya akan diperluas melibatkan konflik di luar Gaza.
Menurut kenyataan itu, setiap negara akan menandatangani dokumen penyertaan mengikut prosedur undang-undang masing-masing.
Trump telah menjemput puluhan pemimpin dunia untuk menyertai inisiatif tersebut yang bertujuan menyelesaikan konflik global, walaupun langkah itu dikhuatiri berpotensi menjejaskan kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Trump pertama kali mencadangkan Lembaga Keamanan pada September lalu ketika mengumumkan rancangan untuk menamatkan perang di Gaza. Katanya, skop lembaga itu akan diperluas keluar Gaza bagi menangani konflik lain di seluruh dunia.-REUTERS