Hungary gesa EU tarik sekatan minyak terhadap Rusia

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Hungary, Gergely Gulyas

BUDAPEST, 3 April — Hungary menggesa Kesatuan Eropah (EU) menarik balik sekatan terhadap minyak Rusia, dengan mendakwa negara itu kini mempunyai harga bahan api paling murah dalam blok berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dasar EU dianggap tidak praktikal dan boleh menyebabkan kekurangan bekalan tenaga jika Selat Hormuz terus tidak stabil.
  • Hungary akan terus mengimport minyak dan gas dari Rusia dan mengkritik EU dianggap berpihak kepada Zelensky.
  • Kenyataan itu dibuat ketika pasaran tenaga global terus tertekan susulan konflik di Asia Barat.
  • Gangguan laluan minyak utama seperti Selat Hormuz dan Bab el-Mandeb meningkatkan tekanan terhadap pasaran tenaga.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Hungary, Gergely Gulyas berkata dasar semasa EU tidak praktikal dan boleh menyebabkan kekurangan bekalan tenaga, khususnya jika situasi di Selat Hormuz terus tidak stabil.

Beliau menegaskan Hungary akan terus mengimport minyak dan gas dari Rusia, selain mengkritik EU yang menurutnya berpihak kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Kenyataan itu dibuat ketika pasaran tenaga global terus tertekan susulan konflik di Asia Barat, termasuk gangguan laluan minyak utama dunia seperti Selat Hormuz dan Selat Bab el-Mandeb. – VIORY