
CHONGQING, 25 Mei – Sembilan orang disahkan maut manakala 11 lagi masih hilang setakat petang Isnin selepas hujan lebat, yang bermula sejak Sabtu malam, melanda Daerah Yongchuan di perbandaran Chongqing di barat daya China, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
RINGKASAN BERITA AI
- Usaha menyelamat dan tindak balas kecemasan masih dijalankan.
- Hujan ribut ekstrem berlaku secara tiba-tiba, mencetuskan banjir kilat.
- Bencana geologi turut berlaku, menjejaskan beberapa kawasan.
Usaha menyelamat dan tindak balas kecemasan masih lagi dijalankan.
Sejak Sabtu malam hingga awal pagi Ahad, hujan ribut ekstrem yang berlaku secara tiba-tiba dan membawa bencana melanda Yongchuan, sekali gus mencetuskan banjir kilat dan bencana geologi di beberapa kawasan di daerah berkenaan.
– BERNAMA