
ROME, 6 April – Dua kapal dagang berhampiran pantai Itali menemui dua mayat migran dan menyelamatkan 32 mangsa yang terselamat daripada sebuah bot yang cuba menuju ke Eropah dari Libya pada hujung minggu Easter, menurut kumpulan Mediterranea Saving Humans dan Sea-Watch pada Ahad.
- Seramai 71 lagi dipercayai hilang di laut selepas bot yang dinaiki karam.
- Mayat mangsa dipindahkan ke bot peronda pengawal pantai dan dibawa ke pulau Lampedusa.
- IOM melaporkan sekurang-kurangnya 683 maut tahun ini, antara angka tertinggi sejak 2014.
Mangsa yang terselamat memaklumkan seramai 71 lagi dipercayai hilang di laut selepas bot yang dinaiki karam. Mayat mangsa kemudian dipindahkan ke bot peronda pengawal pantai Itali sebelum dibawa ke pulau Lampedusa.
Menurut Mediterranea Saving Humans dan Sea-Watch, berkata bot berkenaan pada asalnya membawa 105 penumpang.
Rakaman video dikeluarkan Sea-Watch menunjukkan berpuluh-puluh mangsa berpaut pada bot oren yang terbalik sebelum diselamatkan oleh kapal dagang.
Cuaca buruk di Laut Mediterranean tahun ini turut mengehadkan pergerakan bot dari Afrika Utara dan meningkatkan risiko kepada individu yang cuba merentasi laluan tersebut.
Menurut International Organization for Migration, sekurang-kurangnya 683 orang dilaporkan maut di laluan tengah Mediterranean tahun ini, antara angka tertinggi sejak 2014.-REUTERS