fb fb fb fb fb

TRX City berjaya tarik pelaburan RM8 bilion

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd, Datuk Azmar Talib

KUALA LUMPUR, 24 Februari - TRX City Sdn Bhd berjaya menarik pelaburan RM8 bilion menerusi Tun Razak Exchange (TRX).

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd, Datuk Azmar Talib berkata ia mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap negara untuk menjadi hab kewangan antarabangsa.

Beliau berkata, antara pelabur terlibat termasuk dari Australia, United Kingdom, Indonesia dan China.

Berkeluasan 70 ekar, TRX katanya dilengkapi dengan kemudahan terkini dan infrastruktur bertaraf dunia.

"Kami telah menyediakan fasiliti bertaraf antarabangsa yang juga sesuai dijadikan pejabat ataupun tapak perniagaan, tapak untuk perniagaan antarabangsa dan yang penting kita mendukung visi TRX ini," katanya.

Ketika ini, penghunian pusat beli belah TRX telah mencapai 100 peratus manakala penghunian pejabat sebanyak 70 peratus.

TRX City Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN