fb fb fb fb fb

SIRIM sedia bantu usahawan tempatan teroka pasaran eksport

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan SIRIM Berhad, Rafidah Mokhdar

KUALA LUMPUR, 18 Januari- SIRIM Berhad sedia membantu usahawan tempatan yang ingin meneroka pasaran eksport luar negara terutamanya ke China.

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan SIRIM Berhad, Rafidah Mokhdar berkata, agensi itu menawarkan khidmat nasihat bagi meningkatkan kualiti produk tempatan serta memudahcara proses pensijilan halal.

"Apa yg Sirim tawarkan, khususnya melibatkan modal insan iaitu latihan dan perundingan bagi meningkatkan penghasilan produk, kita tingkatkan kualiti pembungkusan untuk memenuhi keperluan pasaran eksport khususnya dalam kes ini; China,"katanya.

Jelasnya, SIRIM turut bekerjasama dengan Dewan MyGerak Eksport Malaysia bagi program pemilihan produk oleh 15 pembeli berpotensi dari negara China

Ia susulan perjanjian persefahaman ditandatangani pada Expo MIHAS 2022 dianjurkan MyGerak dengan kerjasama MATRADE dan SIRIM melibatkan lebih 1,000 unit simpanan stok; SKU usahawan kecil dan sederhana seluruh Malaysia dengan sasaran jualan sehingga RM40 juta.

Beliau berkata demikian selepas majlis penghantaran kontena pertama kepada Kumpulan Lanhua di Shah Alam, Selangor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE